Kes pertama: Komuniti zaman kini bkn seperti dulu kala (kisah "G " dan "L")
Salam muafakat salam muhibbah dan salam perpaduan.Dah lama rasanya slot isu masyarakat neh x diperkatakan.Ye aa.Almaklum la kan.Kata kalau kita ber"blogging" neh utk meng"ekspress"kan atau meluahkan perasaan kita terhadap sesuatu perkara kerana bkn semua org ada peluang utk meluahkan apa yg mahu diluahkan dan bukan semua org sanggup mendgr luahan org yg meluahkan.Pendek kata, segala yg hendak diluahkan perlulah atau mestilah mempunyai input yg sedap utk didgr oleh si pendgr dan perlulah mempunyai ouput yg ingin didgr oleh si pendgr.Begitulah hakikat atau reliati yg bukan fantasi yg berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini.Perbezaan idea dan pendapat seringkali menjadi isu.Tapi adakah pendapat yg berbeza tidak boleh dijadikan variasi dalam mencetuskan idea yg lebih unik.Mungkin sesuatu fakta yg telah dinyatakan kebenarannya diterima pakai oleh semua org.Tapi mungkinkah sesuatu fakta itu boleh berubah sekiranya seseorg yg mempunyai rasa "ingin tahu"mengkaji semula perkara yg boleh dikaji melalui kajian2 saintifik dan logikal???Namun begitu, bkn perkara ini yg ingin dipersoalkan pada kali ini melalui blog patik.Sy menggunakan perkataan "patik" kerana itu adalah bahasa dahulu kala yg juga bermaksud saya.Jadi, apakah isunya atau kesnya yg ingin dibuka dan dibincangkan di sini???Baiklah,tanpa membuang masa, ingin saya bertanyakan sesuatu perkara yg sering menjdk persoalan kpd diri saya dan mungkin persoalan kpd diri anda juga.Persoalannya, wujudkah masyarakat yg "menyukai kaum sejenis" atau lebih mudahnya kita katakan wujudnya komuniti gay atau lesbian di kalangan masyarakat kita???Kalau nak kata golongan gay tuh, mmg la ada.Tapi persoalannya skarang, masyarakat yg merujuk kpd komuniti yg lebih luas.Kalau nk dibandingkan dgn negara2 eropah, masyarakat ini mmg sedia wujud.Tp di m'sia, adakah perkara sebegini diambil peduli sbg suatu isu sosial yg perlu dianggap serius.Maksud serius di sini, bukanlah ingin menuding jari mahupun menyalahkan mereka yg tergolong di kalangan sebegini.Tapi, serius di sini bermaksud, adakah kita sbg salah seorg anggota masyarakat pernah melakukan sesuatu utk membantu golongan ini kembali ke jln yg benar kerana kekerasan tidak akan membawa apa2 faedah mahupun manfaat dlm menangani gejala ini.
Sptmana yg telah sy nyatakan td, persoalannya, adakah kita sedar bhw wujudnya golongan gay atau lesbian ini di kalangan kita dan adakah kita mengambil serius tentangnya???Sbb kalau bukak tv, ya, mmg benar isu neh sering diperkatakan melalui rancangan isu semasa spt 360 dan sbgainya.Tp cuba kalau kita kecilkan sedikit ruang lingkup kita dan cuba kita lihat kpd adik2,kakak2, abg2 mahupun saudara mara serta teman2 kita, adakah mereka bergaul atau mempunyai hubungan yg baik dgn golongan "L" atau "G" ini???Kalau ada, mesti sesetgh drpd kita akan menjauhi org2 yg mempunyai pergaulan baik dgn golongan sebegini dan lantas kita juga akan mengklaskan rakan2 kita itu sbg golongan tersebut kerana mereka berkwn dgn golongan sedemikian.Padahal, perkara sebegituh tidak spatutnya berlakuh.Kerana apa, kerana golongan G mahupun L ituh pong juga manusia.Mereka berhak diberi layanan yg baik dan adil drpd kita semua.Bknnya dipulaukan dan akhirnya, mereka pula cuba mewujudkan komuniti yg lebih besar dan menganggap kita tidak peduli pada mereka malah mereka pula menganggap kita tidak dpt menerima mereka.Golongan G atau L ini bkn wujud kerana mereka sendiri yg mahukan, tetapi kecenderungan dan pengaruh2 luar yg byk mendidik mereka dan lantas didikan agama yg begitu cetek telah menyebabkan golongan ini smakin berpengaruh dan merebak.Bagi pendapat saya, golongan ini tidak bersalah kerana mereka juga manusia dan mereka harus dididik semula fahaman mereka dan mungkin kerana persoalan CINTA, seseorg boleh menjadi BUTA sehingga tidak dapat membezakan perkara yg halal mahupun haram.
Bak kata seorg teman saya, "kerana cinta daku berbicara".Teman saya itu mungkin berbicara soal kehidupan yg dipengaruhi oleh cinta yg abadi kpd si PENCIPTA.Tp ada pula teman sy yg begitu ANTI dgn golongan2 G dan L ini.Baginya, golongan ini tidak sedar diri malah tidak mempunyai kewarasan akal fikiran.Namun, semua org mempunyai pendapat dan pandangn yg berbeza dan pelbagai.Justeru itu, kita nantikan part 2 bg tajuk ini.Apakah persoalan yg boleh dibangkitkan melalui golongan G dan L ini???Kita nantikan.....slamat berhibur bersama keluarga dan jadikan hari2 yg sukar menjadi hari yg lebih ceria drpd biasa.......daaa....