Monday, June 15, 2009

Masyarakat dan kita : Part 2

Masyarakat dan Kita

Setelah selama seminggu membuat pemerhatian
Tp bukannya kajian
Melalui hasil pembacaan dan penglihatan
Mata, fikiran dan Hati
Akhirnya....
Kembali semula "AKUH" dlm slot "KITA"
Tapi pada episode 2 plak aaa...

Anyway
Apa yg nk dibincangkn kat sini sama je mcm dlm part 1
Tp part kedua neh nk menyingkap dgn lebih mendalam 
Tentang faktor mengapa keadaan "L" dan "G" berlaku di sekeliling kita
Bukan kerana KITA x mengambil endah pasal derang neh
Tapi masalahnya...
KITA sendiri menjauhi dan menjadikn MEREKA ini
"TARGET" utk kita lemparkn kesalahan

Kalau nk bercakap soal didikan agama yg x cukup
Rasanya seperti MENATANG MINYAK YG PENUH kot...
Tp masih lgk berlaku keadaan "L" dan "G" ini di sekeliling kita
Mungkin ari neh kita x berapa perasan dgn kewujudan mereka
Tp kalau di negara luar
Perkara ini telah menjadi sesuatu yg hangat dan membanggakan
Tp perlukah kita membanggakn komuniti seperti "L" dan "G" neh...
Tepuk kepala..
Sapulah minyak angin CAP IBU & ANAK ye...

Akuh masih lgk teringt akan  satu majlis yg mungkin gemilang kot
Yang pernah akuh hadiri
Dan pembukaan majlis tersebut adalah suatu yg meriah dan menarik
Tetapi malangnya org yg melakukan persembahan tersebut
Adalah mereka yg masih kompius tentg GENDER MEREKA
Atau mungkin hanya sekadar mempersembahkn tarian itu sebegitu rupa

Mungkin akuh x boleh menilai seseorg melalui pandgn MATA KASAR
Mahupun MATA LEMBUT
Tp itulah yg berlaku kpd "KITA"
Apabila seseorg yg tergolong di kalangan komuniti "L" dan "G" ini
Disangka negatif...

Bukan di sini akuh ingin mempertahankn komuniti "L" mahupun "G"
Tetapi di sini akuh ingin KITA semua membuka mata
Dan MEMBANTU golongan ini yg masih lgk di dlm "LOST & DELIRIOUS"
Mencari hala tuju yg sbenar..

Kalau faktor LOVE yg menyebabkn MEREKA jdk sebegitu 
Atau menyebbkn mereka tergolong di klgn begitu
Ubahlah MEREKA dgn pendekatan yg baik tapi jgn pula KITA yg terpesong
LEMBUT bkn bererti KITA memberi MUKA
Tp KERAS x membuktikan KITA MENGAJAR MEREKA
Tp BERHEMAH lebih mampu membina personaliti MEREKA

Cuba kita bersembang atau berkwn dgn golongn "L" mahupun "G" neh...
Sudah pasti KITA akan tahu apa yg sbenarnya  mereka cari
Mereka bkn ingin mengubah fizikal diri mereka
Tapi kerana PERASAAN "CHENTA" terhadap gender yg sama 
Membuatkn MEREKA menjadi KELIRU 
Lantas terpesong dan terdorong utk mengikuti jalan yg SALAH

Tp x mengapa
Kalau berbekalkan sokongan dan didikan agama yg betul
X mustahil PERASAAN CHENTA itu tadi bertukar menjadik perasaan 
KASIH SAYANG
Yg seharusnya mmg patot wujud di kalangn kita sesama manusia...

Kalau kita prihatin dan bersikap PENYAYANG terhadap binatang..
Mengapa tidak KITA bersikap KASIH MENGASIHI sesama manusia
Asalkan PERASAAN CHENTA itu diubah menjadi rasa KASIH SYG
Tidak mustahil MEREKA mampu mengubah pendirian MEREKA 
Malah boleh menjdk INSAN yg lebih BERGUNA...

Dgn itu....kesimpulan bg episod kedua bertajuk "komuniti "L" dan "G"
Dapat berkongsi sedikit sbyk cara pemikiran
Kerana bkn semua org berfikiran sama spt KITA
Dan bukan semua org akan menyukai apa yg KITA katakan
Tp mereka mungkin akan menerima
Sesuatu yg berbeza tp mempunyai logik yg sama

Dengan itu....KITA lah yg menentukan
Sama ada ingin mengubah mentaliti diri KITA
Yg hanya mementingkn personaliti luar
Ataupun KITA ingin menjadi mereka2 yg mampu mendgr
Luahan dan permasalahan MEREKA yg BERMASALAH

Walaupun tidak mampu utk membantu
Sekurang2nya kita mampu utk mendgr dan menilai 
Sesuatu yg BAIK dan sesuatu yg BURUK

Akhir kata....
Bukalah pandangan jauh terbentang
Bukalah hati utk melihat
Bukalah pemikiran utk berfikir....

salam....
-Naoniks prop-

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda COMEL...sudah tentu...KLIK shj di sini

SponSored

Template by:
Free Blog Templates